Friday, February 17, 2012

Saya yang kuat TIDUR!!!!

Assalamualaikum…

Entri  kali ni fasal hari-hari yang saya lalui sebagai seorang student yang dianggap kuat tidur..padahal itu semua dusta belaka.huhu…hmm ceritanya bermula dari cafe Mahallah Safiyyah,UIAM..tiap kali nak beli apa-apa di café, mesti akan bertembung dengan dua orang penting ni..Makcik Cashier dan Abang FJ (abang tukanh buat air)..ketika ingin membayar di cashier.. 

Makcik pun berkata..” Adik, baru bangun tidur ke????”.

Padahal saya sedang berpakain lengkap ke kelas..

“Alaaaaaa Makcik ni saya baru balik kelas lah…tengok ni baju saya ni,mana ada ornag baru bangun tidur..huhu..

Makcik pun jawab. “Ok2, baru balik kelas ye..” Lepas je bayar,saya menuju ke Abang FJ pula nak ambil air..Perkara yang sama juga berlaku…

Abang FJ cakap, “Mek baru bangun ke,mata tu layu je..”….Aishhh geramnya la saya dah la panggil orang Mek cakap pula orang baru bangun tidur sama je macam Makcik tadi…

Saya pun jawab.”Abang oiii.jangan panggil saya Mek,saya tak suka lah..satu lagi saya baru balik kelas ok???mata saya memang macamni,mata ala-ala Korean sikit..”

Hehe kan saya dah syok sendiri..baru tahu…Itulah yang setiap kali berlaku bila saya bertandang ke café tu, jumpa Makcik cakpa baru bangun tidur,jumpa Abang FJ mata layu..jeles la tu mata orang ni cantik kan..=P..kan dah over mengade..Sampaikan rasa malas nak turun ke cafe,asyik kata orang tidur je..=(((

Satu lagi peristiwa yang paling terbaru terjadi di kelas..Padahal tak buat apa-apa yang membolehkan orang sekeliling cakap saya tidur pun.tup2 ustaz tiba-tiba tegur

“Enti,tidur ke apa tu??Fokus ye focus…”

Haaaa stress nya saya..saya pandang kawan-kawan semua gelak..saya pun dengan muka blur bila masa saya tidur dalam kelas..=(((
Kalau macam tu nak tidur betul lah…biar apa orang cakap tu jadi kenyataan kan..huhu…Allah nak bagi mata saya macam Korean nak buat mcamna kan..syukur alhamdulilah dari takde mata kan…Sabar ye Aisya Sufi=’)

Friday, February 10, 2012

Bulan & Burung Hantu ^^


Assalamualaikum....

Sweet nya title entri saya kali ni kan??? Ok, disebabkan tak tahu apa nak cerita, so kali ni mari bersama2 kita mengenali lebih rapat mengenai title entri saya kali ini…

1.      1. BULAN

-Fakta yang paling penting di sini ialah, saya saaaaaaaaaaaaaaaaaangat suka Bulan..=) tengoklah nama URL blog ni pun seindahbulan.blogspot kan… Saya menaip entri ni pun di bawah sinaran Bulan yang sungguh Indah..comelnya Bulan malam Bulan berbentuk sfera
- Bulan merupakan satelit semulajadi Bumi
-Saiz Bulan adalah lebih kecil berbanding Bumi
- Jarak antara Bulan dan Bumi adalah jauh lebih dekat berbanding jarak Bulan dengan Matahari. Ini menyebabkan Bulan dan Matahari seolah – olah dilihat mempunyai saiz yang sama.
 -Bulan tidak mempunyai atmosfera dan air
Permukaan Bulan terdiri daripada kawah – kawah, kawasan lava yang lapang dan luas, gunung- ganang, dan lembah – lembah. 
 - Bulan tidak menghasilkan cahayanya sendiri atau ia bukan sumber cahaya, tapi ia nampak terang kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari.



      2. BURUNG HANTU

-Salah satu fakta yang saya tak perlu Google kat internet ialah, burung hantu ni adalah seekor binatang yang berjaga malam dan tidur pada waktu siang. Sebab itulah mata burung hantu bersinar-sinar pada malam hari kerana hamper seharian tidur.
-Fakta yang patut orang ikut tentang burung hantu ni : sekor binatang yang paling setia pada pasangannya kerana hanya berkahwin sekali sahaja…wahhh sangat setia burung ni kan =D patut dijadikan contoh..
-Burung hantu betina lebih berat berbanding dari burung hantu jantan…hmmm yang ni x patut ikut.hehe..maybe burung hantu betina tak pernah diet kot..=P (pepandai je)
-  Kebanyakan burung hantu dapat memutarkan kepalanya tiga perempat lingkaran tanpa harus menggerakkan badannya.(kalau manusia dah tergeliat dah kan)
-Burung hantu juga tidak dapat berkedip dan melirik ketika melihat mangsa melainkan menggerakkan lehernya..(sebab itulah burung ni setia, sebab tak pandai main-main mata, tak berkedip-kedip)=P



Tuesday, January 3, 2012

Ahli baru..=)

Assalamulaikum....

Sebenarnya, pertambahan ahli baru ni 2bulan yang lalu dah pun, tapi lambat sikit saya nak share kat blog ni....by the way siapa ahli baru ye??.anak ketiga daripada pasangan Azlan b. Ishak dan Azizah bt Idris
(kak long).... .jeng3....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taaadaaaa





ni lah dia ahli baru nya...welcome2=D

Muhammad Washif b. Azlan


nama manja dia, Ashif


tido pun senyum..ngeee.....



Maka, mengikut perkiraan saya, tambah semua ahli keluarga totalnya = 26 orang..
huhu..ramai2..meriah2...=D
harap2 pertambahan ni makin berkembang dari semasa ke semasa..hehee..
Sekian...daaa

Thursday, December 22, 2011

~~Sweet SNICKERS~~

Assalamualaikum.....

Soooooo Sweet...... gara2 tak lunch sama saya dapat Snickers=).. thanks to you...dah lah special delivery..

Ceritanya berbunyi camni..After habis class macam biasalah perut menyanyi lagu keroncong kan..tapi kali ni tak tahu kenapa keroncong nya tahap dewa sikit.."keroncong versi rock" maksudnya nya lapar sangat lah tuh...huhu

Tanpa berlengah, ambil fon terus call someone nak ajak llayan agu "keroncong" sama-sama...sorang demi sorang tak jawab call saya=(..ada yang jawab tapi hampa jawapannya..."Dah makan lah Aisya,sori..."...
Takpelah bukan tak biasa makan sorang kan...huhu..hampa tak hampa, macam dalam drama Melayu tu,saya bawak diri nuuuun ke cafe yang paling jauh dalam UIA..dengan dalam hujan nya..redahhh je...tapi tak menangis ye...hehhe..siap nyanyi lagu hujan rintik2 lagi tu...

Elok je park "Blackie", saya pun menuju ke cafe,tak sempat melangkah lagi dalam cafe, sorang demi sorang call saya semula.."Aisya, knpa call?sori tak perasan.." huhu..saya jawab.."Takdepe saja nak ajak lunch sama tapi tapelah saya dah bawak diri jauh2 ni,lain kali ye.."huhu.. begitulah seterusnya bila sorang demi sorang call semula..huhu
Sesampai di hostel, saya teringat lagi sorang saya tak pelawa..roomate sendiri=)..masuk bilik terus tanya dah makan belum..huk3 orang yang ke5..dan jawapan yang sama..DAH MAKAN..=(.. memang rezeki saya harini sorang2 je..makanlah sorang2 dalam bilik...

Dipendekkan cerita, mungkin atas sebab rasa serba salah tak teman saya lunch someone has give to me ~SNICKERS~...saya tak rasa apa2 pun sangat sebenarnya..biasalah la kan masing2 ada hal..bukan selalu boleh teman..tapi as i said, Soooooooooooooooooo Sweet...."Awak, saya minta maaf tak teman awak lunch tadi, ambil ni saya saja nak bagi awak..minta maaf ye.." huhu.... Terharu nya....thanks awak..nanti kita makan sama2 ye...

So,itulah ceritanya...the end....lastly ~Friendship never END~~~