Tuesday, May 22, 2012

Inbox dulu-dulu~~~

Assalamualaikum.....

Terasa janggal nak menaip kat sini, berbulan-bulan rasanya tak post apa-apa kat blog ni,tapi tiba-tiba.....

Tengah malam orang tengah enak dibuai mimpi, mata ini masih lagi tak boleh lelap,mungkin sebab siang tadi dah terlelap seketika..hmm.sedang duduk menghadap meja study, tangan mencapai handphone membelek-belek inbox dulu-dulu..tiba-tiba ada inbox yang berbunyi macamni:

"Life would be dull without you, a great story need a great player,just like you ,just like me and just like us. You as the protagonist,me as the assistant,me would assist you against all obstacles. My life is not only great but super fantastic. Thank you for the well time..."

Hmm tak sangka juga lah inbox ni still ada setia dalam handphone saya, tapi nak ditakdirkan handphone saya dah kena curi keesokan hari selepas saya membaca inbox tersebut,yang saya tulis kat atas ni apa yang saya ingat jelah..lebih kurang macam dalam inbox tu lah...malam itu macam nak tekan delete je "inbox" tu....tapi bukan nya delete dengan handphone terus "delete" dari tuan empunya nya...So, kepada pencuri hp saya tu, kalau terbaca blog saya ni, awak tolong lah delete kan "inbox" saya tu, takpun kalau rajin pulangkan hp saya semula=((((...biar saya sendiri yang delete inbox tu......




Tuesday, March 13, 2012

JIwang-Jiwang

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Sunday, February 26, 2012

Jadilah Penunggang yang BERHEMAH

Assalamualaikum….

Kita seringkali mendengar kempen keselamatan jalan raya, “Pandu cermat jiwa selamat” dan macam-macam lagi lah. Kali ini saya ingin menyeru kepada anda semua dan yang paling penting diri sendiri, tak kira lah pemandu kereta atau penuggang motorsikal. Jangalah pandu laju-laju sangat, ingatlah orang yang tersayang.=)
Ok, di sini saya ingin ceritakan sedikit amalan penuggang motorsikal yang memang sangat tak patut kita ikuti. Contohnya, sedang kita rilek-rilek bawa motor tu, tiba-tiba vrommmmmmm ada lah motor atau kereta yang pintas kita dari tepi. Langkah pertama yang perlu kita ambil, jangan rasa tercabar terhadap apa yang berlaku,sabar je. Biarlah orang tu nak pintas pun,jangan pula kita potong dia,membahayakan keselamtan je. 

Nak dijadikan teladan la kan, jika ditanya kepada pembonceng motor saya, masing-masing dah paham dengan amalan yang sangat tak elok ni.Pantang ada motor yang pintas, pasti saya akan kejar balik motor tu,haa berlagak sangat kan budak nama Aisya ni kan…Padahal rasa dah laju, tapi ada lagi yang laju. Seperti yang saya bagitahu sebelum ni, kita jangan rasa tercabar bila ada orang pintas kenderaan kita, cuba bawa bersabar banyak-banyak.huhu.

Satu lagi kejadian yang latest terjadi, satu petang tu baru balik dari rumah Kak Sara nak balik ke mahallah. Ada la satu traffic light ni kena lalu, masa saya nak lalu tu,traffic light warna merah, so kena berhenti la kan??? Tapi di traffic light ni jarang sangat penuggang motorsikal akan berhenti sebab macam tak guna je nak tunggu padahal jalan lurus,tapi saya still patuh, kalau merah berhenti la kan,tunggu jela hijau. Then, saya pun berhenti lah,tiba-tiba ada satu motor ni lalu tepi sangat dengan saya tapi tak berhenti pun, saya pun tersenyum jela. Dalam hati, “Hehehe, takpe,merah kan,jangan pintas dia,sabar-sabar!!!”. Tiba-tiba ada lah seorang lagi buat perkara yang sama..tepi je dengan saya,sikit je lagi tak kena. Huh!! Masa tu saya dah tersenyum lain dah. “haaa!!! Jaga lah,saya akan potong awak nanti bila lampu ni hijau!!!”. Masa tu jugak  teringat cerita “Ghost Rider” yang sangat di minati oleh Aqil(anak buah saya).
Memang tak lama dari tu,lampu pun bertukar hijau,apa lagi,memang saya cari la motor tu kan, memang dapat lah pintas orang tu balik,sebab tak jauh lagi dia lepas dari saya,,,yuhuuu suka nya lah saya masa tu,PUAS!!! Memang ni lah yang saya akan rasa tiap kali bila saya dapat pintas balik orang yang pintas saya!! Bahaya kan???jangan lah ikut amalan ni..malang tak berbau..
Moral of the story,jangalah jadi orang tak penyabar sangat nak-nak bila anda berada di jalan raya. Tolonglah ingat,hidup sekali je,sayangi nyawa anda semua. Jangan cuba nak tunjuk lagak kat atas jalan raya, bahayakan diri sendiri dan mungkin penunggang jalan raya yang lain.( ingatan untuk diri sendiri)

Friday, February 17, 2012

Saya yang kuat TIDUR!!!!

Assalamualaikum…

Entri  kali ni fasal hari-hari yang saya lalui sebagai seorang student yang dianggap kuat tidur..padahal itu semua dusta belaka.huhu…hmm ceritanya bermula dari cafe Mahallah Safiyyah,UIAM..tiap kali nak beli apa-apa di café, mesti akan bertembung dengan dua orang penting ni..Makcik Cashier dan Abang FJ (abang tukanh buat air)..ketika ingin membayar di cashier.. 

Makcik pun berkata..” Adik, baru bangun tidur ke????”.

Padahal saya sedang berpakain lengkap ke kelas..

“Alaaaaaa Makcik ni saya baru balik kelas lah…tengok ni baju saya ni,mana ada ornag baru bangun tidur..huhu..

Makcik pun jawab. “Ok2, baru balik kelas ye..” Lepas je bayar,saya menuju ke Abang FJ pula nak ambil air..Perkara yang sama juga berlaku…

Abang FJ cakap, “Mek baru bangun ke,mata tu layu je..”….Aishhh geramnya la saya dah la panggil orang Mek cakap pula orang baru bangun tidur sama je macam Makcik tadi…

Saya pun jawab.”Abang oiii.jangan panggil saya Mek,saya tak suka lah..satu lagi saya baru balik kelas ok???mata saya memang macamni,mata ala-ala Korean sikit..”

Hehe kan saya dah syok sendiri..baru tahu…Itulah yang setiap kali berlaku bila saya bertandang ke café tu, jumpa Makcik cakpa baru bangun tidur,jumpa Abang FJ mata layu..jeles la tu mata orang ni cantik kan..=P..kan dah over mengade..Sampaikan rasa malas nak turun ke cafe,asyik kata orang tidur je..=(((

Satu lagi peristiwa yang paling terbaru terjadi di kelas..Padahal tak buat apa-apa yang membolehkan orang sekeliling cakap saya tidur pun.tup2 ustaz tiba-tiba tegur

“Enti,tidur ke apa tu??Fokus ye focus…”

Haaaa stress nya saya..saya pandang kawan-kawan semua gelak..saya pun dengan muka blur bila masa saya tidur dalam kelas..=(((
Kalau macam tu nak tidur betul lah…biar apa orang cakap tu jadi kenyataan kan..huhu…Allah nak bagi mata saya macam Korean nak buat mcamna kan..syukur alhamdulilah dari takde mata kan…Sabar ye Aisya Sufi=’)

Friday, February 10, 2012

Bulan & Burung Hantu ^^


Assalamualaikum....

Sweet nya title entri saya kali ni kan??? Ok, disebabkan tak tahu apa nak cerita, so kali ni mari bersama2 kita mengenali lebih rapat mengenai title entri saya kali ini…

1.      1. BULAN

-Fakta yang paling penting di sini ialah, saya saaaaaaaaaaaaaaaaaangat suka Bulan..=) tengoklah nama URL blog ni pun seindahbulan.blogspot kan… Saya menaip entri ni pun di bawah sinaran Bulan yang sungguh Indah..comelnya Bulan malam Bulan berbentuk sfera
- Bulan merupakan satelit semulajadi Bumi
-Saiz Bulan adalah lebih kecil berbanding Bumi
- Jarak antara Bulan dan Bumi adalah jauh lebih dekat berbanding jarak Bulan dengan Matahari. Ini menyebabkan Bulan dan Matahari seolah – olah dilihat mempunyai saiz yang sama.
 -Bulan tidak mempunyai atmosfera dan air
Permukaan Bulan terdiri daripada kawah – kawah, kawasan lava yang lapang dan luas, gunung- ganang, dan lembah – lembah. 
 - Bulan tidak menghasilkan cahayanya sendiri atau ia bukan sumber cahaya, tapi ia nampak terang kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari.



      2. BURUNG HANTU

-Salah satu fakta yang saya tak perlu Google kat internet ialah, burung hantu ni adalah seekor binatang yang berjaga malam dan tidur pada waktu siang. Sebab itulah mata burung hantu bersinar-sinar pada malam hari kerana hamper seharian tidur.
-Fakta yang patut orang ikut tentang burung hantu ni : sekor binatang yang paling setia pada pasangannya kerana hanya berkahwin sekali sahaja…wahhh sangat setia burung ni kan =D patut dijadikan contoh..
-Burung hantu betina lebih berat berbanding dari burung hantu jantan…hmmm yang ni x patut ikut.hehe..maybe burung hantu betina tak pernah diet kot..=P (pepandai je)
-  Kebanyakan burung hantu dapat memutarkan kepalanya tiga perempat lingkaran tanpa harus menggerakkan badannya.(kalau manusia dah tergeliat dah kan)
-Burung hantu juga tidak dapat berkedip dan melirik ketika melihat mangsa melainkan menggerakkan lehernya..(sebab itulah burung ni setia, sebab tak pandai main-main mata, tak berkedip-kedip)=P



Tuesday, January 3, 2012

Ahli baru..=)

Assalamulaikum....

Sebenarnya, pertambahan ahli baru ni 2bulan yang lalu dah pun, tapi lambat sikit saya nak share kat blog ni....by the way siapa ahli baru ye??.anak ketiga daripada pasangan Azlan b. Ishak dan Azizah bt Idris
(kak long).... .jeng3....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taaadaaaa





ni lah dia ahli baru nya...welcome2=D

Muhammad Washif b. Azlan


nama manja dia, Ashif


tido pun senyum..ngeee.....



Maka, mengikut perkiraan saya, tambah semua ahli keluarga totalnya = 26 orang..
huhu..ramai2..meriah2...=D
harap2 pertambahan ni makin berkembang dari semasa ke semasa..hehee..
Sekian...daaa