Assalamualaikum....
Sweet nya title entri saya kali ni kan??? Ok, disebabkan tak tahu apa nak cerita, so kali ni mari bersama2 kita mengenali lebih rapat mengenai title entri saya kali ini…
1. 1. BULAN
-Fakta yang paling penting di sini ialah, saya saaaaaaaaaaaaaaaaaangat suka Bulan..=) tengoklah nama URL blog ni pun seindahbulan.blogspot kan… Saya menaip entri ni pun di bawah sinaran Bulan yang sungguh Indah..comelnya Bulan malam Bulan berbentuk sfera
- Bulan merupakan satelit semulajadi Bumi
-Saiz Bulan adalah lebih kecil berbanding Bumi
- Jarak antara Bulan dan Bumi adalah jauh lebih dekat berbanding jarak Bulan dengan Matahari. Ini menyebabkan Bulan dan Matahari seolah – olah dilihat mempunyai saiz yang sama.
-Bulan tidak mempunyai atmosfera dan air
- Permukaan Bulan terdiri daripada kawah – kawah, kawasan lava yang lapang dan luas, gunung- ganang, dan lembah – lembah.
- Bulan tidak menghasilkan cahayanya sendiri atau ia bukan sumber cahaya, tapi ia nampak terang kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari.
2. BURUNG HANTU
-Salah satu fakta yang saya tak perlu Google kat internet ialah, burung hantu ni adalah seekor binatang yang berjaga malam dan tidur pada waktu siang. Sebab itulah mata burung hantu bersinar-sinar pada malam hari kerana hamper seharian tidur.
-Fakta yang patut orang ikut tentang burung hantu ni : sekor binatang yang paling setia pada pasangannya kerana hanya berkahwin sekali sahaja…wahhh sangat setia burung ni kan =D patut dijadikan contoh..
-Burung hantu betina lebih berat berbanding dari burung hantu jantan…hmmm yang ni x patut ikut.hehe..maybe burung hantu betina tak pernah diet kot..=P (pepandai je)
- Kebanyakan burung hantu dapat memutarkan kepalanya tiga perempat lingkaran tanpa harus menggerakkan badannya.(kalau manusia dah tergeliat dah kan)
-Burung hantu juga tidak dapat berkedip dan melirik ketika melihat mangsa melainkan menggerakkan lehernya..(sebab itulah burung ni setia, sebab tak pandai main-main mata, tak berkedip-kedip)=P


No comments:
Post a Comment