Tuesday, May 22, 2012

Inbox dulu-dulu~~~

Assalamualaikum.....

Terasa janggal nak menaip kat sini, berbulan-bulan rasanya tak post apa-apa kat blog ni,tapi tiba-tiba.....

Tengah malam orang tengah enak dibuai mimpi, mata ini masih lagi tak boleh lelap,mungkin sebab siang tadi dah terlelap seketika..hmm.sedang duduk menghadap meja study, tangan mencapai handphone membelek-belek inbox dulu-dulu..tiba-tiba ada inbox yang berbunyi macamni:

"Life would be dull without you, a great story need a great player,just like you ,just like me and just like us. You as the protagonist,me as the assistant,me would assist you against all obstacles. My life is not only great but super fantastic. Thank you for the well time..."

Hmm tak sangka juga lah inbox ni still ada setia dalam handphone saya, tapi nak ditakdirkan handphone saya dah kena curi keesokan hari selepas saya membaca inbox tersebut,yang saya tulis kat atas ni apa yang saya ingat jelah..lebih kurang macam dalam inbox tu lah...malam itu macam nak tekan delete je "inbox" tu....tapi bukan nya delete dengan handphone terus "delete" dari tuan empunya nya...So, kepada pencuri hp saya tu, kalau terbaca blog saya ni, awak tolong lah delete kan "inbox" saya tu, takpun kalau rajin pulangkan hp saya semula=((((...biar saya sendiri yang delete inbox tu......




Tuesday, March 13, 2012

JIwang-Jiwang

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Sunday, February 26, 2012

Jadilah Penunggang yang BERHEMAH

Assalamualaikum….

Kita seringkali mendengar kempen keselamatan jalan raya, “Pandu cermat jiwa selamat” dan macam-macam lagi lah. Kali ini saya ingin menyeru kepada anda semua dan yang paling penting diri sendiri, tak kira lah pemandu kereta atau penuggang motorsikal. Jangalah pandu laju-laju sangat, ingatlah orang yang tersayang.=)
Ok, di sini saya ingin ceritakan sedikit amalan penuggang motorsikal yang memang sangat tak patut kita ikuti. Contohnya, sedang kita rilek-rilek bawa motor tu, tiba-tiba vrommmmmmm ada lah motor atau kereta yang pintas kita dari tepi. Langkah pertama yang perlu kita ambil, jangan rasa tercabar terhadap apa yang berlaku,sabar je. Biarlah orang tu nak pintas pun,jangan pula kita potong dia,membahayakan keselamtan je. 

Nak dijadikan teladan la kan, jika ditanya kepada pembonceng motor saya, masing-masing dah paham dengan amalan yang sangat tak elok ni.Pantang ada motor yang pintas, pasti saya akan kejar balik motor tu,haa berlagak sangat kan budak nama Aisya ni kan…Padahal rasa dah laju, tapi ada lagi yang laju. Seperti yang saya bagitahu sebelum ni, kita jangan rasa tercabar bila ada orang pintas kenderaan kita, cuba bawa bersabar banyak-banyak.huhu.

Satu lagi kejadian yang latest terjadi, satu petang tu baru balik dari rumah Kak Sara nak balik ke mahallah. Ada la satu traffic light ni kena lalu, masa saya nak lalu tu,traffic light warna merah, so kena berhenti la kan??? Tapi di traffic light ni jarang sangat penuggang motorsikal akan berhenti sebab macam tak guna je nak tunggu padahal jalan lurus,tapi saya still patuh, kalau merah berhenti la kan,tunggu jela hijau. Then, saya pun berhenti lah,tiba-tiba ada satu motor ni lalu tepi sangat dengan saya tapi tak berhenti pun, saya pun tersenyum jela. Dalam hati, “Hehehe, takpe,merah kan,jangan pintas dia,sabar-sabar!!!”. Tiba-tiba ada lah seorang lagi buat perkara yang sama..tepi je dengan saya,sikit je lagi tak kena. Huh!! Masa tu saya dah tersenyum lain dah. “haaa!!! Jaga lah,saya akan potong awak nanti bila lampu ni hijau!!!”. Masa tu jugak  teringat cerita “Ghost Rider” yang sangat di minati oleh Aqil(anak buah saya).
Memang tak lama dari tu,lampu pun bertukar hijau,apa lagi,memang saya cari la motor tu kan, memang dapat lah pintas orang tu balik,sebab tak jauh lagi dia lepas dari saya,,,yuhuuu suka nya lah saya masa tu,PUAS!!! Memang ni lah yang saya akan rasa tiap kali bila saya dapat pintas balik orang yang pintas saya!! Bahaya kan???jangan lah ikut amalan ni..malang tak berbau..
Moral of the story,jangalah jadi orang tak penyabar sangat nak-nak bila anda berada di jalan raya. Tolonglah ingat,hidup sekali je,sayangi nyawa anda semua. Jangan cuba nak tunjuk lagak kat atas jalan raya, bahayakan diri sendiri dan mungkin penunggang jalan raya yang lain.( ingatan untuk diri sendiri)

Friday, February 17, 2012

Saya yang kuat TIDUR!!!!

Assalamualaikum…

Entri  kali ni fasal hari-hari yang saya lalui sebagai seorang student yang dianggap kuat tidur..padahal itu semua dusta belaka.huhu…hmm ceritanya bermula dari cafe Mahallah Safiyyah,UIAM..tiap kali nak beli apa-apa di café, mesti akan bertembung dengan dua orang penting ni..Makcik Cashier dan Abang FJ (abang tukanh buat air)..ketika ingin membayar di cashier.. 

Makcik pun berkata..” Adik, baru bangun tidur ke????”.

Padahal saya sedang berpakain lengkap ke kelas..

“Alaaaaaa Makcik ni saya baru balik kelas lah…tengok ni baju saya ni,mana ada ornag baru bangun tidur..huhu..

Makcik pun jawab. “Ok2, baru balik kelas ye..” Lepas je bayar,saya menuju ke Abang FJ pula nak ambil air..Perkara yang sama juga berlaku…

Abang FJ cakap, “Mek baru bangun ke,mata tu layu je..”….Aishhh geramnya la saya dah la panggil orang Mek cakap pula orang baru bangun tidur sama je macam Makcik tadi…

Saya pun jawab.”Abang oiii.jangan panggil saya Mek,saya tak suka lah..satu lagi saya baru balik kelas ok???mata saya memang macamni,mata ala-ala Korean sikit..”

Hehe kan saya dah syok sendiri..baru tahu…Itulah yang setiap kali berlaku bila saya bertandang ke café tu, jumpa Makcik cakpa baru bangun tidur,jumpa Abang FJ mata layu..jeles la tu mata orang ni cantik kan..=P..kan dah over mengade..Sampaikan rasa malas nak turun ke cafe,asyik kata orang tidur je..=(((

Satu lagi peristiwa yang paling terbaru terjadi di kelas..Padahal tak buat apa-apa yang membolehkan orang sekeliling cakap saya tidur pun.tup2 ustaz tiba-tiba tegur

“Enti,tidur ke apa tu??Fokus ye focus…”

Haaaa stress nya saya..saya pandang kawan-kawan semua gelak..saya pun dengan muka blur bila masa saya tidur dalam kelas..=(((
Kalau macam tu nak tidur betul lah…biar apa orang cakap tu jadi kenyataan kan..huhu…Allah nak bagi mata saya macam Korean nak buat mcamna kan..syukur alhamdulilah dari takde mata kan…Sabar ye Aisya Sufi=’)

Friday, February 10, 2012

Bulan & Burung Hantu ^^


Assalamualaikum....

Sweet nya title entri saya kali ni kan??? Ok, disebabkan tak tahu apa nak cerita, so kali ni mari bersama2 kita mengenali lebih rapat mengenai title entri saya kali ini…

1.      1. BULAN

-Fakta yang paling penting di sini ialah, saya saaaaaaaaaaaaaaaaaangat suka Bulan..=) tengoklah nama URL blog ni pun seindahbulan.blogspot kan… Saya menaip entri ni pun di bawah sinaran Bulan yang sungguh Indah..comelnya Bulan malam Bulan berbentuk sfera
- Bulan merupakan satelit semulajadi Bumi
-Saiz Bulan adalah lebih kecil berbanding Bumi
- Jarak antara Bulan dan Bumi adalah jauh lebih dekat berbanding jarak Bulan dengan Matahari. Ini menyebabkan Bulan dan Matahari seolah – olah dilihat mempunyai saiz yang sama.
 -Bulan tidak mempunyai atmosfera dan air
Permukaan Bulan terdiri daripada kawah – kawah, kawasan lava yang lapang dan luas, gunung- ganang, dan lembah – lembah. 
 - Bulan tidak menghasilkan cahayanya sendiri atau ia bukan sumber cahaya, tapi ia nampak terang kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari.



      2. BURUNG HANTU

-Salah satu fakta yang saya tak perlu Google kat internet ialah, burung hantu ni adalah seekor binatang yang berjaga malam dan tidur pada waktu siang. Sebab itulah mata burung hantu bersinar-sinar pada malam hari kerana hamper seharian tidur.
-Fakta yang patut orang ikut tentang burung hantu ni : sekor binatang yang paling setia pada pasangannya kerana hanya berkahwin sekali sahaja…wahhh sangat setia burung ni kan =D patut dijadikan contoh..
-Burung hantu betina lebih berat berbanding dari burung hantu jantan…hmmm yang ni x patut ikut.hehe..maybe burung hantu betina tak pernah diet kot..=P (pepandai je)
-  Kebanyakan burung hantu dapat memutarkan kepalanya tiga perempat lingkaran tanpa harus menggerakkan badannya.(kalau manusia dah tergeliat dah kan)
-Burung hantu juga tidak dapat berkedip dan melirik ketika melihat mangsa melainkan menggerakkan lehernya..(sebab itulah burung ni setia, sebab tak pandai main-main mata, tak berkedip-kedip)=P



Tuesday, January 3, 2012

Ahli baru..=)

Assalamulaikum....

Sebenarnya, pertambahan ahli baru ni 2bulan yang lalu dah pun, tapi lambat sikit saya nak share kat blog ni....by the way siapa ahli baru ye??.anak ketiga daripada pasangan Azlan b. Ishak dan Azizah bt Idris
(kak long).... .jeng3....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taaadaaaa





ni lah dia ahli baru nya...welcome2=D

Muhammad Washif b. Azlan


nama manja dia, Ashif


tido pun senyum..ngeee.....



Maka, mengikut perkiraan saya, tambah semua ahli keluarga totalnya = 26 orang..
huhu..ramai2..meriah2...=D
harap2 pertambahan ni makin berkembang dari semasa ke semasa..hehee..
Sekian...daaa

Thursday, December 22, 2011

~~Sweet SNICKERS~~

Assalamualaikum.....

Soooooo Sweet...... gara2 tak lunch sama saya dapat Snickers=).. thanks to you...dah lah special delivery..

Ceritanya berbunyi camni..After habis class macam biasalah perut menyanyi lagu keroncong kan..tapi kali ni tak tahu kenapa keroncong nya tahap dewa sikit.."keroncong versi rock" maksudnya nya lapar sangat lah tuh...huhu

Tanpa berlengah, ambil fon terus call someone nak ajak llayan agu "keroncong" sama-sama...sorang demi sorang tak jawab call saya=(..ada yang jawab tapi hampa jawapannya..."Dah makan lah Aisya,sori..."...
Takpelah bukan tak biasa makan sorang kan...huhu..hampa tak hampa, macam dalam drama Melayu tu,saya bawak diri nuuuun ke cafe yang paling jauh dalam UIA..dengan dalam hujan nya..redahhh je...tapi tak menangis ye...hehhe..siap nyanyi lagu hujan rintik2 lagi tu...

Elok je park "Blackie", saya pun menuju ke cafe,tak sempat melangkah lagi dalam cafe, sorang demi sorang call saya semula.."Aisya, knpa call?sori tak perasan.." huhu..saya jawab.."Takdepe saja nak ajak lunch sama tapi tapelah saya dah bawak diri jauh2 ni,lain kali ye.."huhu.. begitulah seterusnya bila sorang demi sorang call semula..huhu
Sesampai di hostel, saya teringat lagi sorang saya tak pelawa..roomate sendiri=)..masuk bilik terus tanya dah makan belum..huk3 orang yang ke5..dan jawapan yang sama..DAH MAKAN..=(.. memang rezeki saya harini sorang2 je..makanlah sorang2 dalam bilik...

Dipendekkan cerita, mungkin atas sebab rasa serba salah tak teman saya lunch someone has give to me ~SNICKERS~...saya tak rasa apa2 pun sangat sebenarnya..biasalah la kan masing2 ada hal..bukan selalu boleh teman..tapi as i said, Soooooooooooooooooo Sweet...."Awak, saya minta maaf tak teman awak lunch tadi, ambil ni saya saja nak bagi awak..minta maaf ye.." huhu.... Terharu nya....thanks awak..nanti kita makan sama2 ye...

So,itulah ceritanya...the end....lastly ~Friendship never END~~~

Thursday, December 15, 2011

I think of You..=)

Beberapa minggu ni asyik duk layan lagu nih je... bagi sesiapa berminat try lah dengar..best2=)

I Think Of You
by: Mesut Kurtis feat Irfan Makki

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You

ربنا الرحمن
مبدع الأكوان
صاحب الجلال
من له الكمال
لا رب سواه
لا رب سواه
(Our Lord the most Merciful
Creator of the universe
Possessor of glory
To whom perfection belongs
No lord but Him
No lord but Him)

Miracles
Are everyday
The moon will come
As the sun will fade
Forever this way

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You
I think of You

Chorus:
سبحان الله ، سبحان الله
سبحان الله ، سبحان الله
(Glory be to Allah
Glory be to Allah)

A seed that grows
From a tiny shell
Becomes a tree
Feeding you and me
Here for our needs

هذه الأطيار
تلكم الأزهار
ونجوم الليل
من صنع الله
لا رب سواه
(These birds
Those flowers
And the night's stars
Are all Allah’s creation
No lord but Him)

When the seasons change
In the monsoon rains
When a newborn cries
In a mother's eyes
I think of You
I think of You

Saturday, November 12, 2011

Sebab

Assalamualaikum...

Sangat berharap apa yang dilakukan tidak menimbulkan masalah pada sesiapa..tidak meninggalkan tanda tanya kerana setiap yang berlaku ada sebabnya..ada hikmahnya=)
DAN berharap inilah jalan yang terbaik....mungkin susah untuk mengambil keputusan sebegitu tapi sebelum ianya terlambat..dan semakin hari semakin dapat rasakan bebanan yang menimpa...
Akuii pada awalnya diri sendiri yang tersalah langkah TAPI belum terlambat untuk membuat perubahan...
Perubahan yang membawa lebih banyak kebaikan kepada semua...
Insyallah...dengan izin dan rahmat NYA...saya dapat lakukannya.....

K.E.M.B.A.L.I

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama tak post kat blog ni,akhirnya terdetik pula hati ini untuk berkongsi cerita di laman ini..

Insyallah next post akan muncul..

Tuesday, July 19, 2011

Ahmad Aimanul Fatih

Assalamulaikum.....

Alhamdulilah pada tarikh 15 Julai 2011 bertambah lagi ahli keluarga saya dengan kedatnagn orang baru yang comel....Ahmad Aimanul Fatih bin Mohd Amin =)

Aiman merupakan buah hati abang kesayangan saya iaitu Mohd Amin@ Abang Men bersama Rozanaliza @Kak Ana.....

Tapi sedikit sedih sebab anak buah kali ni tak dapat nak tengok terus..huhu...Jauh sangat lahir nya..nuuuunnn kat negara Kuwait...alahai Aiman cepatla balik ye...Achu nak dukung nak peluk cium =DD






comel die n topi die..hihi


Achu doakan Aiman, Abi n Ummi sihat2 kat sana..nanti dah besar sikit boleh la balik ye..jaga diri baik2..sayang kamu semua..muahh=D

Tuesday, July 12, 2011

Coret-coretan di dalam BUS...

Assalamualaikum..

Petang Ahad yang lalu saya telah menaiki sebijik Bus menuju ke Pekeliling untuk menjalani tugas sebagai seorang pengasuh untuk masa seminggu...huhu..before naik Bus tu da berapa banyak aktiviti saya buat..Antaranya ialah:

1.7.45pg-9.45pg > tolong kakak sukaneka tadika dia
2. 10pg-1.30 > pergi kenduri kawen sedara jd pengepit bukan pengapit,tlg bawak hantaran...kenduri yg pertama kali sya pergi tok kadi lupa nak baca nikah..tunggu tok kadi 2jam..berasap jugak la masing2..huhu
3. 2.00ptg-3.30 ptg; tlg mak masak2 nak buat kenduri selamat kat surau...
4. 4.00ptg > Bus saya akan berlepas.

Ok boleh bayangkan betapa penat nya hari tu so,ingat dalam Bus nak berehat tido memanjang sampai tiba Kl...Alhamdulilah memang dpt port terbaekk punyer nak melenakan diri..tepi tingkap..hehehe=D.. Bus pun bergerak....time to sleep now!!!!yeah.....mata pun dah makin layu,tiba2 terdengar suara2 lembut dibelakang seat saya..ingat lagi dialog diaorang tuh..cmnih ye

"Aku da try dah wat kek tu tapi xmenjadi lahhh..aku xtaw apa yang silap nyer taw....."
kawan dia menjawab..."Alaaaa ko ni..ko tak baca ke ingredients tu betul2?aku wat boleh je taw..."

Hehehe mula2 tu saya tergelak je dengar diaorang borak..saya dah taw dah dioranng orang cmne..2 orang lelaki yang lemah lembut tawww..huhu...Hmmmm al-maklumlah setahu saya orang2 yang cmnih banyak sangat ckp nya..non stop..dan benda ni terjadi dlm Bus saya naik tu lah...adoyaiii tido saya ntah ke mana dah...bukan nak dngar sgt pun diorang borak tapi dah kuat sampai ke pkcik drebar dengar kowwttt..=S

Dahla borak tu  xduduk diam..kakinya gatal tolak2 seat saya..adushhh..ini sudah melampau..nak borak borak jelah xyahlah nak wat gaya kaki sekali..xde org nak tgk pun...Oleh kerana terlalu penat,saya terlelap jugak..tp sgt sekejap gara2 gelak tawa diaorang..ntah pape jela dorg borak..Sampai je kat terowong Janda Baik saya terdengar diaorang buat plan nak lepak2..cmni ek diaorang cakap..:

"Sham(nama pun saya tahu),,kite sampai awal taw..ape kate kite g lepak2 dulu nak tak?aku bosan taw smpai awal cmnih.."
mcm biasa kwn die mnjwb.."Aku x kesah taw,aku ikut je ko taw..tp kite nak g lepak2 kat mane yek?
Then, riuh rendah diorang nak pilih tmpt lepak diorang,Sogo lah,KLCC,KL sentral,MID dan yg paling xboleh tahan nye kat Zoo Negara...macam2 tmpat dh keluar..geram je saya nak ckp cmnih"korang lepak je dalam Bus ni..sampai malam pun xpe.." tp saya ckp dlm hati jelah...

Last2 tu diaorang decide nak lepak2 kat MID..siap kol kwn diorang lg...ckp dlm fon saya dpt dngar dgn jelas..cmnih ek..:

"Arash(haa nama kwn dlm fon pun saya da tahu)...jom kite lepak2 nak?Alaa kite minum2 je taw...aku dgn Sham smpai awl lah...AZAB lah kalo smpai awal nih..pukul9 kite balik lah..."
saya boleh agak kwn dia si Arash tu jawab cmni.."Ok aku ikut je korang taw,," pastu bergelak tawa kuat2..xtaula org lain saya rasa mereka pun sama jgk ..geram!!!
satu lagi perkataan diaorang suke guna ialah "AZAB"..cth ayat: "Azab aku kalo blik awal sgt ni taw..aku xtaw nak wt ape kat umah tuhh"..ada lagi la cth lain..hmmm skit2 azab..

Akhirnya smpai jgak kat Pekeliling...huh rasa mcm nak melompat je gembira..tp before turun saya teringin nak menoleh tgk muke diaorang tuh...heheh..muka x macam spt yg di sangka..boleh jd askar..kental..tp mgkin jiwa diaorang lembut skit kowttt...nak turun bus pun kecoh..nasib saya x cakap cmni kat diaorang
"Azab taw aku duk depan seat korang nih..."!!!! hehe=P

Thursday, June 30, 2011

ke iCity juaaa ^^,



Assalamualaikum.......

Tanggal 29 Jun 2011, tepat jam 10.00 malam akhirnya berjaya juga saya menjejakkan kaki ke Icity, Shah Alam...suke3......huhu. Sebelum ni duk tengok kat televisyen sahaja..Terima kasih yang tak terhingga kepada Achu @ Nurul Atiqah Abd Rahman dan Nik fadhilah yang menemani saya pada malam tersebut.....


iCitty yang memang dah lama nak g...





Ni la Achu yang cantik ...kan3?



Ni pulak Nik yang cumel...=)



Seterusnya kami berposing bersaam-sama.....

.

.

,

.







Achu bersama pokok purple nya=) 



pokok Merah?? 



pokok Hijau pulak,,,, 


self time nihh 


muka gumbira ke penat?? 


korang memang pandai posing 


China Towm 


Achu n kawan dia=P 


Nik yang sangat berani...huhu 


Terima kasih Achu sebab bawa Ecah n Nik jalan2 kat Icity.....next time kita jalan2 lagi ehh


Terima kasih Nik jugak sebab seharian kita berjalan bersama-sama....macam2 kita jumpa..huhu

Terima kasih banyak2 jugak pada mak Achu sebab mengizinkan kami bermalam di rumah Makcik yang sangat cantik(banyak kek pulak 2)






Tuesday, June 28, 2011

Short Sem sudah berakhir......

Assalamulaikum....

Alhamdulilah,Sem 3 sudah berakhir....

Lega rasanya tapi result tak tahu lagi

Pasti megharapkan yang terbaik...

Sem ni dapat ramai kawan baru yang sangat baik...

Terima kasih kawan-kawan yang banyak membantu...

Semoga berjumpa lagi sem depan walaupun semestinya tak sama class..

Rasa sekejap sangat short sem ni..

Yela nama pun sem pendek kan...so masanya singakat jela

Tapi banyak yang dipelajari....

Tak sabar nak balik rumah=)

Tuesday, June 21, 2011

HeRo....

There's a hero
If you look into your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away


And then the hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
When you face your world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way

p/s: thanks to Achu memperkenalkan lagu nih..=)

Tuesday, June 14, 2011

Saya dan Dia...

Assalamualaikum...

Entri kali ni mengenai seseorang yang saya kenali hampir 3sem selama saya berada di UIAM..kenal sebagai rakan sekelas sahaja..itu pun tidak pernah bertegur sapa...hmmm kali pertama saya melihat "dia" di dalam kelas tiada apa yang berbeza dengan rakan-rakan lain..sama seperti yang lain..cuma dia agak pendiam..jarang suaranya kedengaran di dalam kelas..Suaranya kedengaran pabila membuat tugasan pembentangan di dalam kelas...Lancar sekali pembentangan "dia"...Pensyarah pun puji bakat "dia"..Hati saya juga berbisik begitu..kagum akan kebolehan "dia" melakukan pembentangan dengan sempurna sekali tanpa melihat teks langsung!!!

Hari ini salah seorang rakan sekelas saya menceritakan peristiwa yang melucukan telah berlaku pada dirinya...Mulanya saya hanya tertawa..tapi pabila difikirkan semula baru saya faham kenapa peristiwa terjadi pada "dia"...Saya faham perasaan dia..Ingin saya bersemuka dengan "dia" bertanyakan hal yang sebenar..Apakah kita berkongsi perasaan yang sama?? HAmpir mengalir air mata melihat keadaan "dia" yang bersusah payah itu..tapi saya tahu "dia" bukan yang mudah putus asa."dia" sangat bersungguh-sungguh.."dia" mampu melakukannya...Saya ingin menjadi seperti "dia"...

Baru saya sedari bahawa saya bukan keseorangan..mugkin "dia" juga seperti saya...Baik,kalau ada kelapangan atau keberanian dalam diri saya,saya ingin sekali bersemuka dengan"dia"...Harap "dia" boleh menerima kehadiran saya..........Saya harap "DIA" kuat....=')

Sunday, June 12, 2011

Dino Ubat Demam...

Assalamualaikum...

Hmmm demam masih berbaki...lambat pulak kali ni nak kebah demam ni..berapa banyak da telan  Paracetamol..tapi harini ada janji dengan Kak teh,KAk Mah,Aqil dan Afiqah nak g Pusat Sains Negara..Ada pameran Dinosour..last day kata Kak Teh....huhu..walaupun demam tak ok lagi tapi plan nak g tu macam best je....KAk Teh jemput saya kat KL Sentral je...dari Gombak naik tren...huuu sejuk duduk dalam dalam tren...

Setibanya di PSN..orang dah mula ramai..Aqil pun mula takut...dalam kereta dia lah hero..."Acu, Aqil nak tingok Dinoshour beshar nanti..."..hmmm yela Aqil.." yapi bila menjejak je kaki dalam bilik pameran tuh dia pulak menangis....Aqil2...Saya pulak tiba2 rasa hilang demamnya.huhu..sibuk snap pic Dino2 comel kat sana...

Dino yang paling Aqil takut...

peace^^

Afiqah budak comel

mama n afiqah

Aqil dah ajak balik la tuh

apasal budak Oren tu??

tengok dari jauh jelahhh

Dino ni paling Cumel kan=P

akhirnya...

Saturday, June 11, 2011

Sedih..=(

Assalamualaikum...

ehemm.....actually saya dah 2hari demam..demam selesema...semenjak hari Rabu tu..sampai xlarat nak g kelas..hmmm...hari Khamis gagahkan jugak badan sebab ada mooting...25% tu..Jumaat sangat lah excited sebab nak balik rumah,Bandar Ikan Patin....tunggu saya!!!!!!!

Before balik pergi teman Kak Fina cari buku Arab kat Jln TAR..hmmm..time tuh memang ada rasa lagi demamnya tapi ingat nak balik tak hiraukan pun demam tu..Tapi yang sedih sangatnya bila nak beli tiket..."tiket dah habis dik.." uwaaaa....."tapi Pak cik saya 2orang je..tolongglah..."(sambil buat muka paling kesian skali)..tp nasib tak menyebelahi saya...So saya dan Kak Fina patahlah balik ke GOmbak..=(..sedih kan...malam tu demam makin panas..selesema pun makin teruk..berlarutan 2hari...tapi al maklumlah saya hanya telan Paracetamol je...malas nak g klinik...tifon MAk bagitahu tak dapat balik..sorry MAk,Yoi tak balik lagi minggu ni...=( Mak tanya tak sihat lagi ke,suara lain je..jangan lupa makan ubat...Baik Mak...Sayang MAk..Rindu Mak..kirim salam Ayah..=')

Insyallah ada masa free saya Akan balik..beli tiket awal2..tak sabar nak balik..dah setahun rasanya tak balik rumah...

Wednesday, June 1, 2011

010611

Assalamualaikum...

Alhamdulilah genap dah umur saya 21tahun..dah layak mengundi nih...tak sabar rasanya nak mengundi...dah kira besar la kan anak bongsu Pakcik Idris dan Makcik Hamdah nih =)


Apa-apa pun terima kasih yang tak terhingga pada Ayah dan Mak tercinta yang menbesarkan Yoi selama 21 tahun nih...saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayaaaaaaaaaaaaaangggggggggggggggg AYAH dan MAK....muah3....actually Yoi rindu sangat kat AYAH n MAK=(...nak balik sangat tapi tak dapat lah.banyak kerja nak buat...Tak dapat makan kek sama2..huuuuu='(

Anyway thanks a lot to my sisters and brother because gave me a very ''SPECIAL" gift this year...



TAdaa.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Besides that. terima kasih juga buat kawan2 yang memberi ucapan ..ingat jugak korang hari lahir saya ye..huk3 terharu-haru... Thanks juga pada kawan-kawan DO RE MI Nad dan Nik ...nak buat suprise tapi sedikit terkantoi ye..takpe saya tetap suka hadiah korang bagi nih...comel sangat..thanks ya...



Terima Kasih SEMUa=D

Thursday, May 26, 2011

Angry Birds Season

Assalamualaikum....

Post kali ni sekadar mengisi masa terluang nih..hmm duk umah sorang2..bosan pulak...

Nasiblah ada game baru ni Angry Birds Season..hmm tak tau lah baru bagi saya je ke atau game ni memang dah lama wujud,saya je yang tak tau.. tak kesah lah,yang pasti saya tengah "GILA" game nih...memang tak de kerja sangat ke saya nih?? boleh duk melayan game nih...hmm bukan apa start jatuh cinta dengan game ni masa duk dalam LAb semalam lah...ada sorang kawan nih yang bg IPHONE dia then saya ternampak game nih...apa lagi la layannnn~~~~~~~~





Balik umah, ada something yang wat jiwa jadi kacau..time tu jugaklah tiba2 teringat game Angry Birds nih..kebetulan jiwa pun dalam keadaan ANGRY......tapi puas nak download game tu,tp saya mana ada skill download game nih...Thanks God ada orang yang baik hati tolong download kan..makaceh ya=D

So sekarang pulun lah main kalo boleh nak masuk dalam game tuh..nak jadi ANGRY BIRDS tu kalo boleh la kan...huhu..dasyat3..=D