Wednesday, May 19, 2010

sAbAh bah...

Assalamualaikum...

Tanggal 16 Mei yang lalu, sy,mak,ayah,Abg zahir,kak Teh(ayah n mama Aqil) dan Aqil comot makan angin ke negeri di bawah bayu Sabah.or more specific kami ke Kota Kinabalu..actually kami sepatutnya ada 6org tp Kak Fina tak dapat join sekali sebab dia tengah menjalani latihan praktikalnya sebagai seorang pendidik di Ampangan,N9.

JOm saya ceritakan serba sedikit holiday saya di Sabah..setibanya kami di lapangan terbang Kota Kinabalu,kami disambut oleh Abang Zahar iaitu sepupu sebelah mak saya,Abang Zahar dan Kak shida hampir 10tahun menetap di sana. Kami terus menuju ke rumah mereka. Setelah sampai di rumah, kami disambut pula oleh Kak shida dan si comel anaknya, Aisyah Adawiyah(namaa cam saya lah..=) )..hingga ke petang kami berehat sambil berborak,selepas Asar kami meronda2 ke Bandar Kota Kinabalu...kami melalui daerah Karamunsing..di Bandar, Abang Zahir dan KAk teh mengajak kami pergi ke Pasar kraftangan atau dikenali juga sbgai PAsar Philippine...di pasar tersebut terdapat pelbagai jenis kraftangan dari Sabah....KAk teh dan MAk membeli serba sedikit buaH tangan utk ahli keluarga. Dan saya??huhu saya tak beli apa2 pun..jd bodyguard je kak Teh n mak..n Aqil jugak..=)
Selepas shopping,kami makan angin seketika di tepi laut..tp masa tu hampir maghrib,so cuaca dah gelap..tak berapa Nampak sangat laut yang membiru..So kami mengambil keputusan untuk dinner je after that terus pulang ke rumah KAk shida..Malam tu saya hanya memesan burger kerana tak berapa selera.nak2 pulak tak biasa dengan makanan di Sabah..huhu..(bukan la choosy sgt tp ntahla..huhu)..

Keesokan harinya,kami pagi2 lagi sudah bertolak dari rumah untuk menuju ke Kundasang..Kundasang ni satu tempat macam kat Cameron Highlands jugak lah..tanah tinngi kat Sabah. Perjalanan menuju ke sana dr KK mengambil masa 2 jam,jalan memang bengkok2.maklumlah muka bumi di Sabah bergunung ganang,tak rata..untuk sampai ke Kundasang,kami melalui bebrapa daerah seperti, Tamparuli,Bundusan,BunduTuhan dll.mmg pelik lah nama2 daerah kat sana..hihi. kami sempat singgah seketika di BUndusan..Subhanallah mmg cantik pemandangan gunung2 kat situ..dari situ juga dapat kelihatan pemandangan Mt.Kinabalu...Setelah setengah jam berada di pekan Bundusan kami meneruskan lagi perjalanan, cuaca semakin sejuk dan sejuk kerana kami semakin jauh naik ke atas bukit...Kami tiba di Kinabalu Park setelah setengah jam perjalanan..di Kinabalu Park kami menikmati pemandangan hijau flora dan fauna...Kinabalu Park merupakan tempat untuk para2 pendaki untuk mendaki Mt.Kinabalu...Kami sempat menuju ke kaki bukit Mt.kinabalu...teringin sekali saya mendaki gunung tersebut..hihi..maybe next time..kena cari pasangan yang btul2 minat mendaki dulu..huhu...=)...cuaca di park tersebut terlalu sejuk,,errrr...

Puas menikmati pemandangan di Kinabalu Park,kami pun menuju ke Kundasang..terdapat ladang teh dan tanaman sayur-sayuran di bukit2..sungguh segar sekali sayur-sayuran di sana kerana iklim yang sesuai...kami juga menuju ke Ranau untuk lunch dan check in di sana..Setibanya di Ranau,hujan mula mencurah2...makin lebat dan lebat...Dan pada masa yang sama kami masih tidak dapat mencari hotel...kami mengambil keputusan untuk turun dan pulang ke KK..perjalanan untuk pulang mengambil masa yang lebih lama kerana cuaca terlalu kabus...PUTih!!!!!...tak Nampak apa2 pun...saya memang risau sgt2 tp nasiblah Abg Zahir expert punya driver...huhu..alhamdulilah kami selamat sampai ke KK dan check in Di Promenade Apartment Hotel. Malam tu sekali lagi saya tak menjamah apa2 pun.hanya minum Neslo ais je..huhu..

Keesokan harinya,kamis menuju ke Universiti Malaysia Sabah(UMS)...kawasan sekitar UMS agak luas dan cantik sekali kerana berhampiran dengan laut..laut yang membiru~~~~Kami menuju pula ke Karambunai...di sana terkenal dengan laut nya yang biru dan permai.....sungguh!!!!!SUBHANALLAH indahnya ciptaan ALLAh..=)
Tepat jam 3.45pm 18 Mei kami terbang pulang ke Kuala lumpur...selamat tinggal Sabah..terasa sayang nk tinggalkan tp insyallah Saya berhajat akan datang lagi..kan nak mendaki Mt.kinabalu...hihi..thanks a lot to family kak Shida n Abg Zahar kerana melayan kami...=)

No comments:

Post a Comment