Wednesday, April 20, 2011

Resipi Hari Ini..

CREAM PUFF JAGUNG


Bahan-bahan (PUFF)
  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur

Bahan-bahan (CREAM)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula
Cara-cara PUFF
  1. Cara-cara untuk puff
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
Cara-cara untuk CREAM
  1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
  2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Sunday, April 17, 2011

Layan ^^


Perpisahan Ini 
by: 1st Edition ft Aizat Amdan

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu  


Thursday, March 24, 2011

SAmPAH MAsyarakat

Assalamualaikum

Cakap pasal sampah masyarakat ni, saya memang panas sikit,sikit ke?banyak kot….ntahlah orang lain sependapat dengan saya juga atau tak…sampah masyarakat nih saya kategori kan orang yang tak patut wujud dalam masyarakat kita..yelah kan SAMPAH..siapa nak…buang je,dah tak berguna…agak kasar kan ayat ni.tapi masalahnya bukan tak diberi peluang dah berjuta kali..berbililion2 kali bagi peluang, kenapa masih tak sedar2, otak letak kat kepala lutut agaknya ataupun otak ada tapi tak guna sebaiknya…akhirnya jadilah SAMPAH…elok2 Tuhan cipta jadi manusia,ada akal fikiran, nak jadi SAMPAH….nauzubillah….

HMm apa nak di ceritakan kat sini sebenarnya ialah…..pertamanaya, maaflah dah melarat intro pun dah agak panjang…tu lah dah cakap saya memang panas kalau cakap bab SAMPAH nih!!!
Hari tu masa saya balik kampung, mak saya ada bercerita lah pasal hasil pendapatan segelintir pakcik2,atuk2 kat kampung saya nih yang menoreh getah kena curi…getah yang diaorang toreh tu kena curi…Al maklumlah getah sekarang MAHAL...So gejala mencuri getah kat kampung saya ni makin menjadi-jadi lah….Aishhhhh saya kalau balik kampung dengar lah cerita ni,huh berasap telinga la jadinya…ni la SAMPAHHH yang saya maksudkan….diaorang ni tak ada otak ke apa..sesedap rasa curi hasil penat pakcik2,atuk2 nih..bukan apa kesian penoreh2 nih..dahla  tak larat dari pagi sampai petang membanting tulang menoreh..SAMPAH TAK BERGUNA nih ambil percuma je????….bayangkan ye, seharian penoreh2 ni penat2 menoreh,hari esoknya bila lori getah datang nak kutip getah ,betapa hampa dan sedihnya lah penoreh2 ni tengok getah diaorang habis kena curi..siapa curi???? SAMPAH lah!!!!!! Siapa lagi kan….bukan nak menuduh,tapi dah selalu jadi macam tu…dah report polis, kalau kena tangkap pun, lepas tu bila dah dilepaskan, buat balik…tu lah kan tak ada kesedaran nama nya…
Wahai SAMPAH2, tidak sedarkah kamu mengambi hak milik orang lain itu adalah berdosa??? Hmmm mana nak sedar ye..lupa pula ada otak tapi tak guna…nak cakap tak ada otak, rupa tu ada macam manusia lagi.ish3….kalau dah rupa tu macam manusia lagi, apa pasal lah tak pergi cari kerja??? Tulang 4 kerat tu apa guna nya???tak faham betul lah diaorang nih…nak cakap tak bagi peluang??? Hmmm jenuh dah…kalau dah tak ada kesedaran diri tu, orang sekeliling pun dah susah nak percaya kalau asyik berulang je perkara sama….memang patut la diaorang ni di panggil………………..
SAMPAH MASYARAKAT!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Saturday, March 5, 2011

~ K.A.M.I ~

Assalamualaikum......

Kisah KAMI bermula ketika KAMI menuntut di sekolah menengah lagi...Pertemuan yang sungguh menggamit kenangan..tak silap depan tandas sekolah kot...huhu..Pada mulanya KAMI hanya bertanya nama dan kelas sahaja...Secara kebetulan KAMI ditempatkan di kelas yang sama...1BUKHAri...itulah nama kelas pertama KAMI....Tanpa berfikir panjang KAMI membuat keputusan untuk duduk bersebelahan di dalam kelas tersebut....YA....KAMI seolah-olah mengenali sudah lama....senang cerita KAMI serasi....Hari demi hari di sekolah KAMI sentiasa bersama...Sehiggakan ada segelintir pelajar di sekolah tersebut menggangap KAMI kembar!!!!!..hihi.....agak melucukan,mana tak nya berkepit aja 24 jam...huhu....Mana ada saya mesti ada DIA..=).....

Kenangan di sekolah memang tak dapat saya lupakan..pahit,manis.....dan saya harap DIA pun sama....apa-apa mesti cerita pada DIA..dan sebaliknya...seingat saya KAMI jarang bermasam muka...hmm jarang??silap-silap..TAk pernah kot...Kalau ada pun tak lama...KAMI sayang UKhuwah yang Allah bagi ini....=)

Sekarang,KAMI masih ditakdirkan menuntut ilmu di tempat yang sama..Saya bersyukur kerana saya tidak berjauhan dengan DIA...walaupun KAMI jarang bertemu tapi KAMI tetap akan luangkan masa untuk bertemu,berkongsi cerita...TERIMA KASIH tidak terhingga kerana sentiasa berada di sisi saya...
Saya juga ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan diri...Saya bukanlah sahabat yang terbaik tapi saya cuba jadi yang terbaik untuk DIA....Saya minta maaf jika ada perkara=perkara yang membuat DIA tidak selesa dengan saya...saya tiada niat untuk lakukan semua itu...Saya tahu DIA bukanlah tempat saya berkongsi cerita gembira sahaja...TERima kasih saya sangat hargai segala sikap Ambil berat DIA pada saya.......

TERIMA KASIH

SAYANG AWAK=)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.