Friday, February 25, 2011

Bulan itu datang dan PERgi......

Assalamualaikum.....

Dalam menikmati keindahan malam disinari rembulan purnama yang indah ciptaan Ilahi, saya berharap hari-hari yang saya lalui sentiasa diterangi dengan cahaya rembulan tersebut....sungguh indah ciptaan Ilahi sehinggakan saya terlupa cahaya tersebut tidak akan selalu menemani saya di malam-malam yang saya lalui....

Cahaya tersebut akan berlalu pergi juga dan akan datang mengikut aturan alam...harus saya akui juga tidak semua yang kita nikmati akan sentiasa berada bersama-sama kita..mungkin ianya datang dan pergi seketika dan kemungkinan juga ianya akan pergi dan tanpa kembali lagi...

Jadi,belajarlah untuk terima kenyataan,belajarlah untuk menjadi lebih matang...sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang dikurniakan..DIA lebih mengetahui yang terbaik untuk diri kita..DIA yang menjadikan kita....ingatlah bahawa yang berlalu,biarkan berlalu...jadikanlah sebagai pengajaran dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih tabah melalui di hari akan datang...insyallah.......

Friday, February 11, 2011

PeNAt.....

Saya penat......

Wednesday, February 2, 2011

Malam itu...

Assalamualaikum....

Entah dari mana tiba-tiba sahaja pada malam itu, saya telah mengambil keputusan untuk berterus terang..saya perlu melakukannya..sampai bila saya perlu berpura-pura...ya!!saya telah berjaya meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.Dan malam itu juga saya mendapat jawapannya...insyallah ianya berkesan dan alhamdulilah saya akan cuba untuk terima seadanya walaupun ianya sedikit sebanyak meluluhkan hati saya...Tapi, saya pasti semuanya ada hikmah..dan insyallah ianya sudah pun berakhir...

Harapan saya juga semoga ianya berlalu tanpa dikenang lagi....biarlah ianya berkubur tanpa nisan...
MAaf dipinta dari saya...

Friday, January 21, 2011

20 PERKARA JANGAN...............

|Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah
sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil iktibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.
 
 
1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita..
 
2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau² terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumahkita.
 
3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.
 
4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.
 
5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).
 
6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.
 
7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.
 
8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
 
9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
 
10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
 
11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.
 
12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
 
13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
 
14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
 
15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
 
16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
 
17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
 
18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yangteraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
 
19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itulebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
 
20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.
Add caption